Menderma

Terima kasih atas sumbangan anda dan menjayakan kerja kami di Yayasan Pendidikan INSANI.

Derma anda membantu kami menyediakan terapi yang mengubah hidup, pendidikan dan sokongan untuk kanak-kanak autisme, bagi mereka daripada keluarga berpendapatan rendah.

Setiap sumbangan memberi kesan langsung – sama ada membiayai terapi pertuturan, program intervensi awal atau latihan vokasional. Dengan bantuan anda, kami boleh terus meluaskan akses kepada penjagaan mampu milik dan memastikan setiap kanak-kanak menerima intervensi awal yang mereka perlukan untuk bergerak ke arah masa depan yang lebih menjanjikan.

Yayasan Pendidikan INSANI adalah yayasan berdaftar di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258] .